Profile

Khairi Shah,
Excessive use of emotes; Designer inside and outside; Life is full with colors; Obsessed with cuteness and hairstyles; Fashion&Photography.

Although,he's not completely a freak (;
Hi I'm Hairi.You are?

ps: I'm a self centered person ♥
And I think I'm better than you are (;

Music


Taurus can be a bitch, sometimes.
Thursday, April 30, 2009

Konklusi untuk bulan ini, bulan April; hidup aku banyak diduga oleh Yang Maha Esa.Dugaan demi dugaan.Sakit,banyak hari tak hadir sekolah,kerja sekolah tertangguh,jadi malas,jadi biadap,suka sakitkan hati orang dan sbg.Mungkin sbb hidup ni tak keruan.Tahun ni hari lahir jatuh pada tahun yang malang.Entahlah macam mana dgn spm aku tahun ni.Harap-harap tiadalah apa-apa yang berlaku.Hari ini hari terakhir bulan April.Besok dah cuti.Baru shj tadi aku bergaduh dgn keluarga.Jadi biadap,kurang ajar dan tidak sopan.Mungkin juga sbb terlampau mengikut perasaan.Astarghfirullahhalazim.

Mungkin berkesempatan dgn ini aku juga nak minta maaf dekat semua.

Dekat keluarga aku.Mak,abah,kakak,dan adik.

Mak,sbb kurang ajar tadi;tengking mak.subhanallah.
Kakak,sbb bergaduh dgn dia.
Adik,sbb aku ingatkan cuma ingin berlawak rupannya sampai begini
Abah,kekdg ternada tinggi sewaktu bercakap

Bukan bermaksud apa-apa.Biarlah aku berterus terang.Aku ini jenis yang "ingatkan perkara yang ku buat sekadar main-main yang akhirnya membawa padah dkt aku" Boleh dikatakan sebagai seorang yang "annoying"

Terjadi dkt aku dgn adik aku sebentar tadi sehingga menybbkan aku kurang ajar dgn keluargaku.

Terjadi sewaktu aku gaduh dgn ashraf.

Kepada sabrina,semua yang ku buat dlm kelas cuma main-main.Skrg cuma takut engkau marahkan aku.Ya,minta maaf sgt-sgt





Selalunya aku shj yang memahami perasaan org lain.Namun adakah manusia yang pernah memahamiku?

Selalunya akulah yang akan cuba berbaik semula kerana takut manusia lain akan marahkan aku.Tidak mahu ada yang sakit hati kepadaku lalu melakukan sesuatu yang tidak baik ataupun fitnah.

Mungkin juga aku bersikap "annoying" ini kerana inginkan seseorang mengenaliku dan cuba memahamiku.

Tapi hatiku masih terguris dengan setiap perkataan dan perbuatan yang dilakukan oleh manusia-manusia lain itu.Tiada tempat untukku meluahkan perasaanku.Mungkin sekadar bercakap seorang dan menjawabnya semula.Kadang-kadang ada manusia itu yang menganggap ku seperti seorang gila.Namun sebenarnya,hanya aku yang memahami apa yang ku buat.Biarlah orang menilai apa kerana pengalaman yang ku tempoh sudah buat ku lali akan setiap perkataan dan tindak tanduk manusia-manusia itu.

Ya,aku mengaku aku ini memang penuh dengan ketidaksempurnaan.Aku ini bukanlah seseorang yang boleh digelar oleh manusia-manusia itu sbg seorang yang sempurna.Selama ini,dari kecil lagi sudah ada angin-angin yang berlalu membawa pelbagai perkabaran mengenai ketidaksempurnaanku.Apa boleh kubuat.Ku ini hanya seorang manusia yang tidak mampu menahan semua org dari berkata-kata dan aku ini juga manusia yang tidak sempurna yang selalu melakukan kesilapan.

Biarlah pengalaman yang mengajarku lagi.Pahit manis biarlah ku tempuhi.Moga-moga ku dapat perbaiki kesilapanku untuk kelak.Wslm.

Masih terngiang di telinga ku apa yang telah kakak ku katakan sebentar tadi.Tersengaja atau pun tidak tidak mengapalah.Mungkin mereka juga tidak menyayangiku.Siapa mahu menyayangi ku yang tidak sempurna ini.Pembawa masalah,malang,sial dan sebagainya.Aku redha.

*Baiklah kau mati cepat*

Subahanallah...
4:41 AM

Shout out loud!


Bloggers,

Yew Yin,Lee. Sabby. Zakiah Abas. Ian. Ian. #2 Esya. Mei Yee. Celine Yin Joy. Nisha. Boon Yean. Khalis. Alex. Pei Ru. Zach. Wernie. I Like This. Stranger #1 Stranger #2 Stranger #3



I throw in my heart here.