Profile

Khairi Shah,
Excessive use of emotes; Designer inside and outside; Life is full with colors; Obsessed with cuteness and hairstyles; Fashion&Photography.

Although,he's not completely a freak (;
Hi I'm Hairi.You are?

ps: I'm a self centered person ♥
And I think I'm better than you are (;

Music


Taurus can be a bitch, sometimes.
Saturday, December 10, 2011

Pada hari ini saya akan tulis seluruh isi kandungan blog entri saya dengan menggunakan bahasa kebangsaan negara ini. Pada hari ini saya ada banyak keluhan tentang kehidupan yang ingin saya kongsikan, nyatakan, sebutkan dan luahkan. Terasa berat bila terdapat pelbagai macam benda di dalam ruang rangka kepala ini jika hasrat saya tidak diluahkan.Betul? Baik mahupun tidak, ini ialah buah fikiran saya. Buah fikiran ibarat lubang buntut dimana semua orang mempunyai satu. Cantik hodoh lubang buntut saya bukan awak punya. Betul?

Setiap hari, saya akan nampak ramai anak-anak yang mengeluh dan berasa kesal mempunyai keluarga terutama ayah dan ibu yang tidak menepati ciri-ciri kelayakan yang mereka (anak-anak ini) mahukan. Kita sebagai anak ini kena banyak bersabar dengan kerenah keluarga kita. Namun, keluarga juga tidak sepatutnya mengambil kesempatan dengan kesabaran anak-anak. Ini kerana, baik anak atau keluarga, masing-masing merupakan seorang manusia. Dimana, semua mempunyai had-had tertentu masing-masing. Jadi jika kita berfikiran rational, janganlah kita ini cuba mencapai had-had itu. Kesan dari had-had itu baik atau buruk, tanggunglah sendiri jika awak cuba mencapainya. Kadang-kadang kita tersalah mentafsir pengertian mengajar. Sebaliknya mengajar menjadi melepaskan marah dan geram.

Saya berasa kesal dengan sesetengah orang di mana ibu bapa mereka tidak tahu membezakan diantara mengajar dan juga melepaskan marah. Saya juga berasa kesal dengan tindak tanduk anak-anak dimana mereka membuang nilai menghormati itu dengan melawan ibu bapa mereka. Jika anak itu sudah melampaui hadnya, maka, anak-anak itu akan mengeluarkan bahasa-bahasa kesat mahupun menyakitkan kepada keluarga mereka. Seterusnya, keluarga mereka juga akan mengeluarkan bahasa-bahasa yang diibaratkan seperti mendoa anak-anak itu.

Anak-anak tidak berasa besyukur dengan keluarga mereka. Kadang-kadang meminta untuk menjadi sebahagian dari keluarga lain. Namun, sebagai seorang anak juga, jikalau saya berada di tempat mereka, saya berasa bersyukur sebab saya tidak mempunyai keluarga yang masih ada sifat-sifat sebuah keluarga itu. Ibu dan bapa saya sudah tidak mempunyai pertalian lagi. Bapa saya boleh dikatakan sebagai seorang yang tidak tahu apa-apa yang terjadi di dalam dunia ini. Mungkin, ada yang menyifatkan dan memanggil orang yang sebegini sebagai kampung. Kadang-kadang juga saya berasa begitu. Bapa saya hanya hidup di dalam ruang kerjanya. Setiap ketika,semuanya, kerja,kerja dan kerja. Namun, menjadi pertanyaan keluarga, terutama anak-anak, dimana perginya kasih sayang itu? Adakah semuanya wang dan harta semata-mata? Adakah itu caranya bapa saya menunjukkan kasih sayangnya? Mungkin. Tetapi, apabila ibu saya atau anak-anaknya meminta harta itu untuk digunakan ke arah yang betul seperti melanjutkan pembelajaran,wang tuisyen dan sebagainya, bapa saya menyatakan bahawa dia tidak mempunyai wang atau dengan tegasnya mengatakan tidak kepada permintaan itu.

Jadi, ianya masih menjadi tanda tanya. Apa tujuannya semua ini? Di mana kasih sayang sebuah keluarga itu?

Bapa saya, jika kita menyatakan apa-apa yang terkini contohnya Iphone, Facebook dan sebagainya, dia akan menyatakan bahawa dia tidak mengerti apa-apa yang telah dinyatakan. Dia menyatakan bahawa semua itu adalah membuang masa dan duit. Sebab itu tidak salah jika mengatakan bahawa dia ini seorang yang lokek dan kampung.

Tidak pernah juga beliau berasa gembira dan bahagia apabila diajak pergi makan keluarga di tempat-tempat yang lain daripada harian. Jika saya membawa dia pergi memakan sushi, beliau, tanpa segan silu di situ akan mengutuk makanan tersebut mengatakan bahawa makanan itu merupakan makanan bodoh dimana hanya orang bodoh saja akan membazir duit dan memakannya. Saya berasa sedih dan kesal mempunyai seorang bapa seperti ini.

Dia juga, mempunyai keluarga lain. Namun, boleh dilihat dengan mata kasar atau mata hati bahawa dia ini tidak mempunya keadilan di dalam prinsip hidupnya. Dia lebih gemar bergembira dengan keluarga pertamanya. Dia lebih gembira keluar makan keluarga, berbelanja dengan banyak, mengeluarkan duit untuk pembelajaran anak-anaknya di keluarga pertama namun bukan kami.

Mungkin kami menjadi kebencian dia. Mungkin kami ini hanyalah sebagai tumpangan keluarga ini yang menjadi kebencian dan sisihan mereka. Kami sedar. Menjadi persoalan lagi di dalam diri saya, mengapa ingin berkeluarga dua jika anda tidak mampu memberikan kebahagian dan keadilan kepada kami ini? Bukankah kami ini juga merupakan darah daging awak?

Mungkin juga bapa saya ini membenci dan iri hati terhadap ibu saya pada masa dulu di mana dia bahagia dengan teman lelakinya dahulu sehinggakan dia ibarat membeli ibu saya dari keluarganya? Bertujuan untuk membalas dendam kerana ibu saya tidak menerima cinta bapa saya? Dan kini membenci darah dagingnya sendiri (anak-anak)?

Tujuan saya menulis blog entri ini sebenarnya ingin mengatakan bahawa masih ada lagi keluarga yang lebih teruk jika dibandingkan dengan keluarga awak semua. Jadi bersyukurlah.

9:42 PM

Shout out loud!


Bloggers,

Yew Yin,Lee. Sabby. Zakiah Abas. Ian. Ian. #2 Esya. Mei Yee. Celine Yin Joy. Nisha. Boon Yean. Khalis. Alex. Pei Ru. Zach. Wernie. I Like This. Stranger #1 Stranger #2 Stranger #3



I throw in my heart here.